Skip to main content

Ketua Hakim Negara

YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat

Ketua Hakim Negara 

SSM, PMN, SPSK, DUPN, DPSK

Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat telah dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 02 Julai 1959.  Yang Amat Arif Tun telah lulus dalam bidang pengajian undang-undang dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1982.

Yang Amat Arif Tun telah memulakan kerjaya dalam bidang perundangan pada tahun 1982 dengan bertugas sebagai Pegawai Undang-Undang di Lembaga Kemajuan Kelantan (KESEDAR) dan kemudian pada tahun 1984 sebagai Pegawai Undang-Undang di Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan. Yang Amat Arif Tun mula memasuki Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada tahun 1986 sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang, Bahagian Gubalan di Jabatan Peguam Negara. Seterusnya, Yang Amat Arif Tun telah berkhidmat sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Port Dickson, Peguam Persekutuan di Biro Bantuan Guaman Kuala Terengganu, Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Seremban, Timbalan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Pegawai Khas kepada YAA Hakim Besar Malaya, Pegawai Khas kepada YAA Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sambil menjalankan tugas sebagai Pegawai Khas kepada YAA Ketua Hakim Negara dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya sambil menjalankan tugas sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Jawatan terakhir Yang Amat Arif Tun dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan adalah sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia pada tahun 2005 hingga 2006.

Pada 02 Oktober 2006, Yang Amat Arif Tun telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur. Pada 05 September 2007, Yang Amat Arif Tun telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur. Yang Amat Arif Tun juga pernah berkhidmat sebagai Hakim di Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam, Selangor.

Pada 08 Januari 2013, Yang Amat Arif Tun telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan. Pada 26 November 2018, Yang Amat Arif Tun telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Pada 02 Mei 2019, Yang Amat Arif Tun telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.

Yang Amat Arif Tun telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (SPSK) pada tahun 2016 yang membawa gelaran Dato’ dan Darjah Dato’ Paduka Setia Mahkota Kelantan (DPSK) yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 2006. Pada 13 Julai 2019 Yang Amat Arif Tun telah dianugerahkan Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran Dato' Seri Utama. Pada 9 September 2019, Yang Amat Arif Tun telah dianugerahkan dengan darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri. Pada 17 Ogos 2020, Yang Amat Arif Tun telah dianugerahkan dengan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun.

Alamat:

  • Pejabat Ketua Hakim Negara
  • Mahkamah Persekutuan Malaysia
  • Aras 5, Istana Kehakiman
  • Presint 3
  • 62506 PUTRAJAYA
  • Tel: +603 8880 3500

Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

YBrs. Puan Hasbi binti Hasan

Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

Ketua Pusat Kos

Lagu Rasmi Mahkamah Negeri Selangor

tekan disini untuk memainkan Lagu Rasmi Mahkamah Negeri Selangor

Laman Utama

eJudgment Management System

Struktur Mahkamah di Selangor

Di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Mahkamah Agung telah ditubuhkan dan terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Mahkamah Agung kemudiannya telah digantikan dengan Mahkamah Persekutuan dan tiga Mahkamah Tinggi 

Di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Mahkamah Rendah telah ditubuhkan melalui Akta Mahkamah Rendah 1948. Mulai 1 Jun 1981, penggunaan dan pemakaian Akta Mahkamah Rendah 1948 diperluaskan lagi kepada Sabah dan Sarawak.

Pautan Agensi

Laporan Tahunan Badan Kehakiman

Laporan Tahunan 2011

Laporan Tahunan 2020

Muatturun: ENG

Laporan Tahunan 2011

Laporan Tahunan 2019

Muatturun: ENG

Laporan Tahunan 2011

Laporan Tahunan 2018

Muatturun: ENG

Laporan Tahunan 2011

Laporan Tahunan 2017

Muatturun: ENG

Laporan Tahunan 2011

Laporan Tahunan 2016

Muatturun: ENG

Laporan Tahunan 2011

Laporan Tahunan 2015

Muatturun: ENG

Laporan Tahunan 2011

Laporan Tahunan 2014

Muatturun: ENG

Laporan Tahunan 2011

Laporan Tahunan 2013

Muatturun: ENG

Laporan Tahunan 2011

Laporan Tahunan 2012

Muatturun: ENG

Laporan Tahunan 2011

Laporan Tahunan 2011 

Muatturun: ENG