Skip to main content

Adalah dimaklumkan bahawa kerja-kerja pemuliharaan tangki simpanan air bagi Mahkamah Sesyen Khas PATI Semenyih akan dijalankan bermula pada 21 Mei 2026.

 

Sehubungan dengan itu, semua prosiding di Mahkamah akan terus didengar di Pejabat Pentadbiran Depot Imigresen Semenyih sehingga dimaklumkan semula. 

 

Semasa tempoh ini, orang awam yang terlibat bagi urusan Jamin/Denda dan lain-lain perlu menunggu di ruang menunggu di pintu Utama Depot Imigresen Semenyih sehingga dipanggil oleh kakitangan Mahkamah.

 

Sekiranya agensi kerajaan, peguam atau orang awam mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah menghubungi talian/emel berikut: 

 

Puan Nur Fathiah Binti Mohd Fedzir 

Penolong Pendaftar 

Mahkamah Sesyen Khas PATI Semenyih 

No. Tel: 03-8723 0151

E-mel: fathiahfedzir@kehakiman.gov.my

 

 

Sekian terima kasih. 

 

 

Bertarikh pada : 19 Mei 2026

File
semenyih.pdf (19.25 KB)