Skip to main content

Unit Integriti

PENGENALAN

Unit Integriti, Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah diwujudkan selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menubuhkan Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam seperti yang dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 (PP6/2013) ‘Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam’ yang mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2013.

Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit dan dibantu oleh Pegawai Tadbir Diplomat dan Penolong Kanan Pendaftar. Unit ini adalah di bawah seliaan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.