Skip to main content

Bahagian Jenayah

Bahagian Komunikasi Korporat

PENGENALAN

Bahagian ini berada di bawah seliaan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dan ianya diketuai oleh seorang Pengarah.

Bahagian Pembangunan Strategik dan Latihan

PENGENALAN

Bahagian Pembangunan Strategik dan Latihan terdiri daripada 4 unit dan diketuai oleh seorang Pengarah Bahagian. 

Bahagian Pengantara (Mediasi)

PENGENALAN

Bahagian Pengantara (Mediasi), Mahkamah Persekutuan Malaysia telah ditubuhkan pada 1 Jun 2016. Bahagian ini adalah di bawah seliaan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Bahagian Pengurusan

PENGENALAN

Bahagian Pengurusan merupakan bahagian yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pengurusan sumber manusia, perkhidmatan dan kewangan di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Bahagian Pengurusan adalah terdiri daripada empat (4) unit yang diketuai oleh seorang Pengarah Pengurusan. Empat (4) unit tersebut adalah Cawangan Pengurusan, Cawangan Pengurusan Kewangan, Cawangan Kaunseling dan Cawangan Perpustakaan.

 

Di bawah Cawangan Pengurusan yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, terdapat 7 seksyen iaitu Seksyen Penyelarasan Kontrak, Seksyen Keselamatan, Seksyen Peperiksaan, Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Seksyen Khidmat Pengurusan, Seksyen Pengurusan Rekod dan Seksyen Pengurusan Maklumat. Manakala di bawah Cawangan Pengurusan Kewangan yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, terdapat empat (4) seksyen iaitu Seksyen Pembangunan dan Penyelenggara, Seksyen Perolehan, Aset & Stor, Seksyen Akaun dan Seksyen Kewangan. Selain itu terdapat juga Cawangan Perpustakaan yang diketuai Ketua Pustakawan dan di bawah Cawangan ini terdapat dua (2) Seksyen iaitu Seksyen Perkhidmatan Maklumat & Rujukan dan Seksyen Perkhidmatan Dokumentasi & Pengkalan Data.

Bahagian Penyelarasan Kontrak

PENGENALAN

Bahagian Penyelarasan Strategik adalah diketuai oleh sekorang Pengarah Bahagian. Fungsi bahagian ini adalah seperti berikut:

Bahagian Sivil

Bahagian Teknologi Maklumat

PENGENALAN

Bahagian Teknologi Maklumat merupakan bahagian yang bertanggungjawab ke atas pengurusan Teknologi Maklumat di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP). Bahagian ini diketuai oleh seorang Pengarah Bahagian dan dibantu oleh Timbalan Pengarah, beberapa orang Penolong Pengarah dan Pegawai Tekonologi Maklumat. Bahagian ini terdiri daripada beberapa unit iaitu unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit Aset, Unit Aplikasi, Unit emel, Unit e-kehakiman, Unit Rangkaian dan Unit CRT & Portal.

Bahagian ini adalah dibawah seliaan Pejabat Timbalan Ketua Pendaftar II (Operasi). Unit ini memainkan peranan penting dalam pengurusan dan pemantauan rangkaian, aplikasi, perkakasan, perisian sistem serta perkhidmatan teknikal yang digunakan oleh warga Kehakiman di seluruh Malaysia. 

Bengkel, Ceramah & Kursus