Langkau ke kandungan utama

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR SECARA BERJADUAL BAGI MEMBERI LALUAN KEPADA KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN PAIP DALAMAN DI KOMPLEKS MAHKAMAH SHAH ALAM DI BAWAH AGENSI PELAKSANA JKR BERMULA :
(14 OGOS 2026 – 17 NOVEMBER 2026 | 15 MINGGU)


YBhg. Dato’ / Datuk / Datin / Dr. / Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.         Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan paip dalaman di Kompleks Mahkamah Shah Alam di bawah agensi pelaksana JKR akan dilaksanakan secara berperingkat melalui 2 Fasa selama 15 minggu, bermula pada 14 Ogos 2026 sehingga 17 November 2026.

3.         Sepanjang tempoh tersebut, gangguan bekalan air akan berlaku mengikut lokasi dan fasa yang telah ditetapkan. Ini akan menyebabkan kemudahan tandas dan pantri di seluruh bangunan Kompleks Mahkamah Shah Alam akan terjejas merangkumi Bangunan Annexe, Bangunan Utama, Sayap Kanan dan Sayap Kiri.

4.         Bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan dengan selamat dan teratur, gangguan bekalan air akan dilaksanakan secara berjadual mengikut aras dan zon kerja yang terlibat. Pengguna bangunan dinasihatkan supaya merancang penggunaan kemudahan tandas dan pantri lebih awal serta menggunakan tandas alternatif yang disediakan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja. Sila rujuk Lampiran A (Fasa 1) dan Lampiran B (Fasa 2) bagi jadual pelaksanaan dan lokasi terlibat.

5.         Sepanjang tempoh penyelenggaraan dijalankan, semua warga Kompleks Mahkamah Shah Alam dan pihak-pihak berkepentingan adalah dimohon untuk memberikan kerjasama dengan perkara-perkara berikut:
i. Mematuhi semua notis, papan tanda keselamatan dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan;
ii. Menggunakan tandas alternatif yang telah ditetapkan mengikut fasa pelaksanaan kerja;
iii. Tidak menggunakan tandas / pantri yang sedang dalam proses penyelenggaraan;
iv. Memastikan semua plug bekalan elektrik bagi mesin penapis air (coway) di kawasan yang terlibat ditutup sementara sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan;
v. Merancang penggunaan bekalan air lebih awal sekiranya berlaku gangguan bekalan air sementara mengikut jadual yang akan dimaklumkan.

6.         Sebarang kesulitan yang timbul sepanjang tempoh pelaksanaan kerja ini amatlah dikesali. Walau bagaimanapun, kerja-kerja penyelenggaraan ini adalah penting bagi memastikan sistem paip dalaman Kompleks Mahkamah Shah Alam sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan berfungsi dengan sempurna demi keselesaan semua pengguna bangunan.

7.         Kerjasama serta perhatian YBhg. Dato' / Datuk / Datin / Dr. / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

        noor hasimah
(NOOR HASIMAH BINTI OTHAMAN) 
b/p Ketua Penolong Pengarah
Pusat Tanggungjawab
Mahkamah Negeri Selangor
40000 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN

Image
kmsa