Skip to main content
Please wait...

Perutusan Pengarah

‏اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎ dan Salam Sejahtera.

Alhamdullilah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T atas limpah rahmat dan kasih sayangNya selama ini.

 

Selamat Datang Ke Laman Portal Mahkamah Negeri Selangor

 

Mahkamah - Mahkamah Negeri Selangor adalah di bawah pentadbiran Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP). Mahkamah - Mahkamah Negeri Selangor mengendalikan kes - kes Jenayah dan Sivil dalam bidangkuasa Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret. Terdapat 13 Pusat - Pusat Kos di seluruh Negeri Selangor termasuk Pusat Tanggungjawab Mahkamah yang berada di Kompleks Mahkamah Shah Alam.

 

Di kesempatan ini, izinkan saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Laman Web & Portal Mahkamah yang terlibat dalam mengemaskini dan menambahbaik Laman Portal Mahkamah Negeri Selangor.

 

Saya berharap dengan usaha berterusan, Laman Portal Mahkamah Negeri Selangor dapat dijadikan saluran serta sumber rujukan kepada pengguna-pengguna Laman Portal untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Mahkamah Negeri Selangor.

 

Sekian, Terima Kasih.

 

YBrs Dato' Anita Binti Haji Harun

Pengarah
Mahkamah Negeri Selangor