Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rendah
FUNGSI BAHAGIAN: MAHKAMAH SESYEN PATI SEMENYIH
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH SESYEN JENAYAH
-
Membicarakan semua kesalahan jenayah di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Akta passport 1966 (Akta 150)
-
Mengurus dan menyemak kes yang didaftarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia di dalam sistem Case Mangement System (CMS)
-
Mengeluarkan waran mempenjarakan bagi kes yang telah dijatuhi hukuman
Mengeluarkan waran menahan, Order to Produce (OTP) bagi kes reman/yang belum dijatuhi hukuman
-
Mengendalikan reman di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63
- Mengendalikan reman di bawah Sek 117 KAJ bagi kes yang melibatkan warganegara/reman di bawah Akta Pasport 1966
-
Menyediakan surat jamin dan bon jamin bagi OKT yang mendapat jaminan daripada Mahkamah serta mengeluarkan surat tahan passport sekiranya ada arahan daripada Mahkamah
-
Mengeluarkan waran tangkap dan notis tunjuk sebab kepada penjamin
- Menandatangani dan meluluskan sepina untuk kehadiran saksi ke mahkamah untuk perbicaraan
- Mengendalikan urusan rampasan wang jamin bagi kes yang gagal mengemukakan tunjuk sebab/gagal hadir ke Mahkamah
-
Memproses dan menyediakan rekod rayuan jenayah
- Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Sesyen Jenayah Selangor
- Menguruskan pelupusan fail
- Memproses bayaran denda, pelepasan jamin, serta mengeluarkan Order of Discharge (bagi OKT yang dipenjara dan telah selesai membayar denda)
- Menerima surat dan memberi maklumbalas kepada pihak-pihak sekiranya ada sebarang permohonan atau isu berkaitan kes-kes di Mahkamah