Skip to main content

Photo Gallery

Galeri Foto / Buletin Bergambar bagi Mahkamah Negeri Selangor

2025

PKPMP membentangkan sebanyak 34 jawatan baharu (permohonan PKPMP kepada JPM pada 2023 dimana mahkamah baharu belum beroperasi) bagi 10 bilik bicara yg ada bagi mahkamah terbuka di ampang. Kemaskini permohonan penjawatan juga telah dihantar oleh PKPMP kpd JPM pada Jan2025. 

PKPMP turut memaklumkan kos tahunan pewujudan penjawatan ini Rm30Juta (termasuk kos di mahkamah sepang & PTJ). dimaklumkan juga Mahkamah Ampang telah mengutip hasil sbyk RM2Juta bagi tahun ini. 

Semasa sesi soal jawab,  justifikasi telah diberikan oleh pihak PKPMP dan disokong oleh PMren & Dato Pengarah Neg. Selangor. PKPMP diminta utk kemaskini penjawatan terkini kpd JPM utk diproses. 

Para jemputan kemudiannya dibawa melawat tapak ke mahkamah majistret & sesyen di setiap aras.

Tarikh : 10 Jun 2025 (Selasa) 

Bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik, Mahkamah Shah Alam. 

Telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Mahkamah Negeri Selangor Bil 1/2025 yang dipengerusikan YA Dato’ Sri Latifah binti Haji Mohd Tahar dan turut dihadiri oleh Tn ACP Nor Azizulkifli Mansor, Polis Diraja Malaysia, Pn Rosnee bt Mohd Radzuan, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Tn Muhammad Izhan bin Yazin Pejabat Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Tn TPP Mohd Fakrullah bin Ghazali, Timbalan Pengarah II, Jabatan Penjara Malaysia Negeri Selangor dan Tn Amiruddin Syukri Omar, Penguasa Bomba II, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor. Mesyuarat ini diadakan bagi mengumpulkan semua pihak  berkepentingan dalam pengurusan keselamatan Mahkamah  Negeri Selangor untuk membincangkan isu-isu keselamatan secara menyeluruh dan menyelaras tindakan penambahbaikan secara bersepadu

Tarikh : Pada 9 Jun 2025 (ISNIN) jam 12 tengahari

 

Bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik, Mahkamah Shah Alam. 

 

Telah berlangsungnya  Perjumpaan Hakim Pengurus Sivil YA Dato' Zabariah binti Mohd Yusof bersama Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam dan  Klang. Antara agenda yang dibincangkan adalah tempoh masa memberi keputusan bagi kes-kes saman pemula dan rayuan dari Mahkamah Rendah, pelupusan kes garis masa dan isu-isu berkaitan pengendalian pengurusan kes dan  e-review

Pada 20 Jun 2025 (Jumaat) telah berlangsungnya upacara prosiding istiadat memperingati peguam-peguam yang telah meninggal dunia anjuran jawatankuasa  Peguam Negeri Selangor bagi memperingati dan menghormati ahli-ahli Majlis Peguam Negeri Selangor yang telah meninggal dunia.

 

Prosiding diadakan di hadapan YA Dato’ Sri Latifah binti Haji Mohd Tahar, YA Dato’ Khadijah binti Idris dan YA Dato’ Azmi bin Abdullah.

Sekitar Majlis Jamuan Makan Tengah Hari bersama YAA Ketua Hakim Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Hakim Besar Malaya dan YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak pada 15 Mei 2025 di Restoran Lado by the Lake, Shah Alam, Selangor.


 

Mesyuarat YA Dato’ Hakim Pengurus (Jenayah) Mahkamah Negeri Selangor bersama Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi dan Pegawai-Pegawai Mahkamah Rendah Negeri Selangor bagi siri kedua Tahun 2025

Pada 10 Julai 2025 (Khamis) telah diadakan Mesyuarat JPKA Bil. 2/2025, Mesyuarat JKPAK Bil. 2/2025 dan Mesyuarat Pengurusan Bil. 3/2025  bertempat di bilik Mesyuarat, Bangunan Annexe, Shah Alam, Selangor. Kesemua mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Hj. Mohd. Nasir bin Hj. Nordin, Pengarah Mahkamah Negeri Selangor dan telah dijalankan secara hybrid (fizikal dan secara dalam talian) bagi memastikan kelicinan pentadbiran dan pengurusan di Mahkamah Negeri Selangor.

Perlawanan Persahabatan Liga Amatur Bola Jaring yang berlangsung pada 18 Januari 2025 di Dewan Melur, Seksyen 7 Shah Alam, Selangor melibatkan 5 pasukan termasuk pasukan bola jaring Mahkamah Negeri Selangor (MNS). Untuk rekod, MNS telah memenangi  kesemua perlawanan dalam liga ini.

Pasukan yang terlibat
- Mahkamah Negeri Selangor
- ⁠Jais
- ⁠Winc A (Kelab)
- ⁠Winc B (Kelab)
- ⁠Crushers (Kelab)

Full Time Result

MNS - WINC B  11-1

MNS - WINC A 8-3

MNS - JAIS 6-4

MNS - CRUSHERS 5-1

Majlis ini diadakan pada 10 Januari 2025 di Bilik Mesyuarat, Aras 5, Bangunan Annexe, Mahkamah Shah Alam, Selangor bagi menghargai pegawai yang bertukar keluar

 

TAKLIMAT RVT FASA 2 DI MAHKAMAH MAJISTRET KUALA KUBU BHARU, SELANGOR

PADA : 28 JANUARI 2025

ANJURAN : BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA, PUTRAJAYA

DAN BIG DATA TECHNOLOGY SDN BHD.

SESI PENGESAHAN PENERIMAAN SISTEM RVT MAHKAMAH MAJISTRET KUALA KUBU BHARU, SELANGOR PADA 28 JANUARI 2025 BERSAMA PUAN MAJISTRET PUAN NURUL IZZAH BINTI HASAN BASRI DAN PIHAK PKPMP.

TAKLIMAT RVT FASA 2 DI MAHKAMAH SESYEN KUALA SELANGOR, SELANGOR

PADA : 21 JANUARI 2025

ANJURAN : BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA, PUTRAJAYA

DAN BIG DATA TECHNOLOGY SDN BHD.

Sesi taklimat sedang di jalankan di dalam Bilik Bicara Mahkamah Sesyen Kuala Selangor Bersama Puan Nurul Mardhiah Binti Mohammed Redza Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Selangor.

Taklimat bersama Jurubahasa Mahkamah Sesyen Kuala Selangor

Sesi taklimat dan latihan dijalankan bagi memudahkan perjalanan dan urusan pengendalian kes selepas pemasangan RVT fasa 2 selesai di laksanakan.

TARIKH : 7/2/2024 (JUMAAT)

MASA : 8:30 PAGI- 12:30 TENGAH HARI

Lawatan ini diketuai oleh YBhg  Datuk Zamri bin Misman, Ketua Pengarah, BHEUU yang turut dihadiri bersama pengurusan tertinggi Mahkamah Ampang, Selangor.

 

Sekitar Majlis Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025 bertarikh 18 Februari 2025 di Bangunan Dewan Negeri Selangor yang dihadiri oleh YA. Dato' Sri Latifah binti Haji Mohd Tahar.

Selangor Bench & Bar Just Run 2025

Tarikh: 8/2/2025 (Sabtu)

Masa: 7.00 pagi.

Sekitar program Selangor Bench & Bar Just Run 2025 yang telah berlangsung pada 8 Februari 2025 anjuran bersama Mahkamah Selangor dan Selangor Bar yang telah disertai oleh 300 peserta. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Haji Hj Mohd Nasir bin Hj Nordin, Pengarah Mahkamah Negeri Selangor.

 

MAJLIS PENYERAHAN DAN PENANAMAN POKOK POKOK TEDUHAN OLEH JAWATANKUASA PEGUAM SELANGOR DI MAHKAMAH KLANG

TARIKH : 24 FEBRUARI 2025

MASA : 9.00 PAGI

Kehadiran:

1) Dato Hj Mohd Nasir Bin Hj Nordin

2) Tuan Zulqarnain Bin Hassan

3) Tuan M K Thas (Pengerusi Jawatankuasa Peguam Selangor)

4) Puan Yu Ai Ting (Setiausaha Kehormat Jawatankuasa Peguam Selangor)

5) Puan Azzura Binti Zainal (Pengarah Jabatan Landskap)

6) Puan Siti Rosliza Binti Ibrahim (Pegawai Penerangan Klang)

7) Encik Hafiz Bin Mohd (Jabatan Penrangan Klang)

8) Encik Mohd Nazrul Ngaimin (PTJ)

 

Objektif:

1) UNTUK PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH WARGA MAHKAMAH  KLANG KEPADA JAWATANKUASA PEGUAM SELANGOR YANG MENYUMBANG POKOK-POKOK TEDUHAN. 

2) MEMELIHARA & MEMULIHARA BIODIVERSITI & MEMITIGASIKAN IMPAK DARIPADA PERUBAHAN IKLIM 

 

KEJOHANAN SUKAN 4 PENJURU ANTARA MAHKAMAH NEGERI SELANGOR, KUALA LUMPUR, PAHANG DAN ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA

KEPUTUSAN KESELURUHAN SUKAN 4 PENJURU YANG TELAH DIADAKAN PADA 22 FEBRUARI 2025 (SABTU) DI INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN (ILKAP) YANG TELAH DIRASMIKAN OLEH YBHG. DATUK ZAMRI BIN BAKAR, KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA DAN KEPUTUSAN ADALAH SEPERTI DI BAWAH:

PING PONG
1. KL
2. POJ
3. SELANGOR
4. PAHANG

BADMINTON
1. SELANGOR
2. KL
3. POJ
4. PAHANG

BOLA TAMPAR WANITA
1. POJ
2. KL
3. SELANGOR
4. PAHANG

BOLA TAMPAR LELAKI
1. KL
2. SELANGOR
3. POJ
4. PAHANG

BOLA JARING
1. SELANGOR
2. KL
3. POJ
4. PAHANG

BOLA SEPAK
1. KL
2. PAHANG
3. POJ
4. SELANGOR

100M WANITA
1. SELANGOR
2. KL
3. SELANGOR

100M LELAKI
1. KL
2. POJ
3. PAHANG

 

Pasukan Bola Jaring Mahkamah Selangor - JOHAN

 

Pasukan Badminton Mahkamah Selangor - JOHAN

 

Pasukan Pingpong Mahkamah Selangor - KETIGA

 

Lumba Lari 100M Wanita - JOHAN

Tarikh : 26.2.2025 (Rabu)

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Mahkamah Telok Datok

Ketua Pusat Kos Mahkamah Telok Datok, Puan Maslinda Binti Selamat telah mengedarkan kurma kepada semua kakitangan Mahkamah Telok Datok dalam satu majlis jamuan sempena menyambut Ramadan.

 

2024

Mesyuarat YAA Hakim Besar Malaya bersama YA. Hakim Pengurus, Hakim dan Pesuruhjaya Tinggi Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam dan Klang diadakan pada 18 Disember 2024 di Bilik Mesyuarat Cempaka, Kompleks Mahkamah Shah Alam, Selangor

Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor yang telah dihadiri oleh YA Dato'Sri Latifah binti Haji Mohd Tahar sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor di Istana Shah Alam, Klang Selangor

Program Derma Darah bertarikh 10 Disember 2024 bertempat di Ruang Lobi Utama, Bangunan Mahkamah SSAAS, Shah Alam, Selangor

MESYUARAT HAKIM PENGURUS BIL. 4/2024 DI MAHKAMAH AMPANG

HARI BERSAMA AKRAB MAHKAMAH NEGERI SELANGOR DI MAHKAMAH SELAYANG

DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap Hakim Utama Mahkamah Negeri Selangor, YA Dato’ Sri Latifah Mohd Tahar dan Pengarah Mahkamah Negeri Selangor, YBhg. Dato' Hj.Mohd Nasir Bin Hj.Nordin di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam,Selangor.

 

Sesi Kunjungan Hormat dari Mahkamah Negeri Selangor yang diketuai oleh Hakim Utama Mahkamah Negeri Selangor, YA Dato’ Sri Latifah Mohd Tahar ke atas Yang Amat Berhormat Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor

 

Sesi Kunjungan Hormat dari Mahkamah Negeri Selangor yang diketuai oleh Hakim Utama Mahkamah Negeri Selangor, YA Dato’ Sri Latifah Mohd Tahar ke atas Yang Berhormat Dato' Setia Haji Haris Bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada 25 September 2024 bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

PROJEK MEMBINA 1 BLOK MAHKAMAH TERBUKA DI MAHKAMAH KUALA SELANGOR 30 MEI 2024 (KHAMIS)

PERKARANGAN MAHKAMAH KUALA SELANGOR, SELANGOR

Penyerahan cenderahati daripada Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Selangor kepada YBhg. Dato’ Anita Harun Pengarah Mahkamah Negeri Selangor

Penyerahan cenderahati daripada Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Selangor kepada YBhg. Tuan Ahmad Faizadh Bin Yahaya Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Selangor.

 

Policy and Legislation Division

INTRODUCTION

Policy and Legislation Division is a Division that provides legal advice and drafting of policies and regulations as per directives issued by the Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia. This Division consists of two (2) Units namely the Policy Unit and the Legal Unit and is led by a Director and for each unit there is a Deputy Director, who is assisted by a number of Deputy Registrars and Senior Assistant Registrars.

 

OBJECTIVES

To draft policies and legislation efficiently and effectively in accordance with the laws.

Polisi Privasi & Keselamatan

Dasar Privasi

  • Dasar privasi ini menerangkan penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui laman web Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan di www.kehakiman.gov.my.

 

Keselamatan Data

Portal's Administrator

img

COURT OF SELANGOR WEB PORTAL'S COMITTEE 

STATE PORTAL ADMINISTRATOR

portalselangor@kehakiman.gov.my

NAME

POSITION

Puan Rafiqha Hanim binti Mohd Rosli   Advisor
Sessions Court Judge
Puan Nithtia Sivasamy Content Representative
Magistrate
Tuan Ariff Danial Shah bin Shahril Noor Content Representative
Senior Assistant Registrar
Puan Nor Azilah binti Mat Content Representative
Magistrate
Puan Nurul Alyaa Binti Mohd Yusoff Content Representative
Senior Assistant Registrar
Puan Nur `Atiqah binti Sapari Content Representative
Senior Assistant Registrar
Tuan Ikmal Ezani bin Mohd Tarmizi Design & Graphic Representative
Senior Assistant Registrar
Tuan Muhammad Amir Zainul Muttaqin bin Mohd Zamri Design & Graphic Representative
Senior Assistant Registrar
Encik Muhamad Edzuan bin Mohd Nasir Content Administrator
Encik Mohd Naqiuddin bin Razal Content Administrator
Encik Khairul Nizam bin Sabarudin Video Editor
Encik Harith bin Norhashim Content Translator
Encik Muhamad Hizamudin bin Mohd Ribain Content Editor
Encik Mohd Amirul Hakimi bin Azahar IT Representative - MySTEP
Encik Mohammad Afiq Zakwan bin Jumri IT Representative - MySTEP
Encik Muhammad Daniel bin Abdul Mutalib IT Representative - MySTEP

For any suggestions and comments please contact us at

Court of Selangor Portal Admin by e-mail at portalselangor@kehakiman.gov.my

COURT OF SELANGOR WEB PORTAL'S COMITTEE 

LIAISON'S OFFICERS FOR SUBORDINATE COURT OF SELANGOR

NAME

COURT

Puan Nor Azean binti Mohd. Sohaini
Penolong Kanan Pendaftar
Bangunan Mahkamah SSAAS
Tuan Mohd Erman bin Che Mat
Penolong Pendaftar
Mahkamah Sesyen & Majistret Selayang
Tuan Bonny bin Empoh
Penolong Pendaftar
Mahkamah Sesyen & Majistret Kajang
Tuan Wan Muhammad Kushairi bin Wan Roslei
Penolong Pendaftar
Mahkamah Sesyen & Majistret Petaling Jaya
Tuan Mohd Shazuan bin Mohd Sharif
Penolong Pendaftar
Mahkamah Sesyen & Majistret Ampang
Puan Nurhidayah binti Hashim
Penolong Pendaftar
Mahkamah Sesyen & Majistret Kuala Kubu Bharu
Puan Sarina binti Sulaiman
Penolong Pendaftar
Mahkamah Tinggi, Sesyen & Majistret Klang
Tuan Mitchell Vanni Mumin
Penolong Pendaftar
Mahkamah Sesyen & Majistret Bandar Baru Bangi
Puan Nurul Hidayah binti Awang
Penolong Pendaftar
Mahkamah Sesyen & Majistret Sepang
Puan Nur Fathiah binti Mohd Fedzir
Penolong Pendaftar
Mahkamah Sesyen Semenyih
Puan Nurul Zaidahtul Ain Vermond 
Penolong Pendaftar
Mahkamah Sesyen & Majistret Kuala Selangor
Nursaadah Binti Ramiti
Pembantu Tadbir Perkeranian & Operasi
Mahkamah Majistret Telok Datok
Ahmad Nur Yassin bin Saminan
Pembantu Khidmat Am
Mahkamah Majistret Sungai Besar

 

For any suggestions and comments please contact us at

Court of Selangor Portal Admin by e-mail at portalselangor@kehakiman.gov.my

Practicing Certificates Unit

INTRODUCTION

 

Practicing Certificates Unit is a unit responsible to manage Practicing Certificates of Legal Practitioners and Foreign Interpreters’ Service. This Unit is led by a head unit and is assisted by a Senior Assistant Registrar. This Unit is supervised by the Registrar's Office of the High Court of Malaya.

Presiden Mahkamah Rayuan

YAA Tan Sri Rohana binti Yusuf

Presiden Mahkamah Rayuan

PSM, SPSK, DPSK

Yang Amat Arif Tan Sri Rohana binti Yusuf dilahirkan di Bachok, Kelantan pada 09 Mei 1956. Yang Amat Arif Tan Sri lulus dalam bidang pengajian undang-undang dengan memperolehi LLB (Hons) dari Universiti Malaya pada tahun 1980, Diploma Undang-Undang dan Amalan Guaman Syariah (DSLP) dari Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 1992, dan Master of Comparative Laws (MCL) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1993.

Yang Amat Arif Tan Sri telah memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada tahun 1980 sebagai Penolong Penggubal, Undang-Undang (Parlimen) di Jabatan Peguam Negara, dan kemudian pada tahun 1982 sebagai Pegawai Undang-Undang di Kementerian Pertahanan, dan seterusnya pada tahun 1986 sebagai Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara.  Kemudiaan Yang Amat Arif Tan Sri memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur.  Yang Amat Arif Tan Sri telah bersara secara pilihan dalam perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan selepas 18 tahun berkhidmat.

Yang Amat Arif Tan Sri mula memasuki sektor swasta pada tahun 1997 sebagai Penasihat Undang-Undang dan Setiausaha Syarikat, di Kumpulan UCM Industrial Corporation Berhad, dan sebagai Penasihat Undang-Undang dan Setiausaha Syarikat di International Bank Malaysia Berhad. 

Yang Amat Arif Tan Sri juga pernah mengamal undang-undang sebagai Rakan Kongsi di Tetuan GH Tee & Co pada tahun 2000. Sebelum menyertai Badan Kehakiman, Yang Amat Arif Tan Sri bertugas sebagai Timbalan Pengarah di Perbankan Islam Dan Takaful, Bank Negara Malaysia pada tahun 2001 hingga 2005.

Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur pada 1 September 2005 dan seterusnya sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur, pada 17 April 2007.

Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 08 Januari 2013 dan pada 27 April 2018, Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Pada 25 November 2019, Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik untuk menjalankan Kuasa-kuasa dan Tugas-tugas Presiden Mahkamah Rayuan dan pada 5 Disember 2019, Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan. Pada 17 Ogos 2020, Yang Amat Arif Tan Sri telah dikurniakan dengan Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri.

Yang Amat Arif Tan Sri dikurniakan 2 orang cahaya mata, Nor Alina binti Azmi dan Mohamad Rizal bin Azmi.