Skip to main content

Organization Chart of the Chief Registrar's Office

Our Awards

2018 The Cloud Awards

2018 The Cloud Awards

Colin wins most innovative use of data in the cloud

2018 The IOT Awards

V3 Technology Awards

2018 Business Awards

2018 The Big Data Awards

2018 The Big Data Awards

Colin wins most innovative use of data in the cloud

2018 The Cloud Awards

2018 The Cloud Awards

Colin wins most innovative use of data in the cloud

Partners

Sanbro help clients worldwide stay ahead of the curve, solve business challenges and navigate a new era in the financial services landscape.

Envato Company

Theme & Marketing Consulting, Victoria 8007 Australia

Envato is proudly based in Melbourne, Australia, but our people and community live and work from all over the world.

Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya

Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya adalah bahagian yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran Mahkamah di seluruh Mahkamah Rendah Malaya. Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya diketuai oleh Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya dan dibantu oleh seorang Timbalan Kanan Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Kanan Pendaftar.

1. Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya berperanan untuk memantau dan mengeluarkan arahan sewajarnya bagi hal-hal pentadbiran dan pengurusan mahkamah rendah seluruh Semenanjung Malaysia.

2. Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya membuat pemantauan dengan memastikan semua mahkamah negeri mematuhi arahan-arahan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan undang-undang sedia ada.

3. Membuat pemantauan prestasi Pegawai kehakiman Mahkamah Rendah berdasarkan statistik dan semakan melalui rakaman prosiding.

4. Membuat pemantauan alasan penghakiman tertunggak berdasarkan statistik dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan tiada kelewatan penyediaan alasan penghakiman dan rekod rayuan.

5. Menyelia Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah dalam hal-hal pentadbiran dan pengurusan kes di Mahkamah Rendah Semenanjung Malaysia.

6. Memperkukuh pemantauan dengan membuat lawatan naziran ke Mahkamah negeri bagi menyemak pematuhan dengan arahan PKPMP dan undang-undang dari segi pentadbiran dan pengurusan Mahkamah.

7. Menghadiri dan mengadakan pelbagai mesyuarat mewakili Jabatan dengan pelbagai agensi bagi isu-isu melibatkan Mahkamah Rendah.

Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah & Sarawak

Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak adalah bahagian yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran Mahkamah di seluruh Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak.Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak diketuai oleh Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak dan dibantu oleh seorang Penolong Kanan Pendaftar.

1. Menyelia dalam semua hal pentadbiran dan pengurusan Mahkamah Rendah di seluruh Sabah dan Sarawak.

2. Membantu Pendaftar, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dalam hal urusan pendaftaran dan pengendalian kes Sivil dan Jenayah Mahkamah Sesyen dan Majistret di seluruh Sabah dan Sarawak.

3. Membantu Pendaftar, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dan Pengarah Mahkamah Sarawak untuk merancang keperluan kakitangan dan bangunan Mahkamah Mahkamah Rendah di Sabah dan Sarawak.

4. Membantu dan atau menyediakan Arahan Amalan/Pekeliling Pendaftar atas arahan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

5. Menerima arahan daripada Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia untuk melaksanakan dasar-dasar Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam hal-hal pentadbiran dan kehakiman berkaitan Mahkamah-Mahkamah Rendah di Sabah dan Sarawak.

6. Memantau prestasi dan statistik bulanan bagi semua mahkamah Sesyen dan Majistret di seluruh Sabah dan Sarawak termasuk “ageing cases”.

7. Memantau statistik Alasan Penghakiman Tertunggak bagi Hakim Sesyen dan Majistret di seluruh Mahkamah Rendah di Sabah dan Sarawak.

8. Pemantauan penyediaan Alasan Penghakiman yang melebihi 8 minggu dari tarikh notis rayuan difailkan termasuk penyediaan Rekod Rayuan bagi kes Jenayah di Mahkamah-Mahkamah Rendah seluruh Sabah dan Sarawak.

9. Menyelia Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah dalam hal-hal pentadbiran dan pengurusan kes di Mahkamah Sesyen dan Majistret seluruh Sabah dan Sarawak.

10. Membuat lawatan naziran berkala ke mahkamah-mahkamah rendah di Sabah dan Sarawak bagi membuat audit kehakiman, pengurusan kes dan pentadbiran kehakiman.

11. Menghadiri mesyuarat sama ada di dalam Jabatan mahupun dengan agensi luar Jabatan apabila diarahkan oleh Pendaftar, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

12. Menerima dan mengambil tindakan aduan dari orang awam dan warga mahkamah berkaitan dengan hal-ehwal Mahkamah - Mahkamah Rendah di Sabah dan Sarawak.

13. Menjalankan tugas-tugas sebagai Hakim Mahkamah Seysen III (Jenayah), Kuching termasuk mendengar dan melupuskan kes.

14. Bertanggungjawab dalam menyelia CMS/e-courts Mahkamah Sabah dan Sarawak.

15. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pendaftar, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dari masa ke semasa.

Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya

Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya adalah bahagian yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran di seluruh Mahkamah Tinggi Malaya. Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya diketuai oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya dan dibantu oleh Timbalan Pendaftar dan Penolong Kanan Pendaftar.

1. Bertanggungjawab melaksanakan arahan yang diberikan oleh YAA Hakim Besar Malaya, Hakim-Hakim Pengurus dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

2. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pentadbiran am dan kehakiman di semua Mahkamah Tinggi Malaya di Semenanjung Malaysia bagi memastikan sistem penyampaian yang baik, lancar, efisien, cepat, adil dan saksama.

3. Menyediakan dan mengeluarkan arahan amalan dan pekeliling Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya selaras dengan keperluan semasa.

4. Menyelia hal ehwal surat kuasa mati, penguatkuasaan, kebangkrapan, lelong dan surat kuasa wakil.

5. Mengawalselia Timbalan Pendaftar dan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya di Semenanjung Malaysia.

6. Menyelia keperluan logistik, aset dan inventori semasa bagi Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya dan seluruh Mahkamah Tinggi Malaya di Semenanjung Malaysia.

7. Memantau perjalanan kes dan statistik di Mahkamah Tinggi Malaya di Semenanjung Malaysia.

8. Menyelia keselamatan dalaman dan luaran Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah-Mahkamah Tinggi Malaya di Semenanjung Malaysia.

9. Mengawalselia perjalanan dan pentadbiran Unit Sijil Amalan.

10. Menguruskan penghantaran dokumen mahkamah di luar bidang kuasa ke luar negara dan ke dalam Malaysia.

11. Menguruskan pendaftaran perintah-perintah berkenaan dengan nafkah dari negara salingan menurut seksyen 3 akta perintah nafkah (kemudahan penguatkuasaan) 1949.

12. Menguruskan permohonan perkhidmatan jurubahasa asing bagi kes-kes jenayah di seluruh Mahkamah Tinggi Malaya di Semenanjung Malaysia.

Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak

Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak adalah bahagian yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran Mahkamah di seluruh Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak diketuai oleh seorang Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dan dibantu oleh seorang Penolong Kanan Pendaftar. 

Fungsi tugas:

1. Mengeluarkan arahan-arahan dalaman yang berkaitan dengan pentadbiran Kehakiman untuk dilaksanakan selaras dengan arahan YAA Ketua Hakim Negara dan Pejabat Ketua Pendaftar.

2. Mengawal selia pentadbiran Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak

3. Mengeluarkan arahan-arahan amalan dan peraturan seperti yang diarahkan oleh YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

4. Membuat perancangan dan memantau perlaksanaan dasar-dasar pentadbiran Mahkamah Sabah dan Sarawak selaras dengan arahan oleh YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dari masa ke semasa.

5. Merancang dan meyelia keperluan Mahkamah Sabah dan Sarawak termasuk merancang dan melaksanakan program-program latihan, pertukaran pegawai dan kenaikan pangkat.

6. Merancang keperluan fizikal Mahkamah-Mahkamah di Negeri Sabah dan Sarawak iaitu memantau perlaksanaan projek-projek pembangunan di bawah peruntukan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan POJ.

7. Menyelaras laporan prestasi tahunan pegawai dan kakitangan di bawah pemantauan Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

8. Menghadiri mesyuarat di peringkat Negeri dan Persekutuan termasuk di Palace of Justice (POJ).

9. Mengadakan mesyuarat dengan pegawai kehakiman di bawah seliaan untuk mendapatkan maklumbalas bagi menambahbaik sistem penyampaian dalam tugasan kehakiman di Mahkamah Sabah dan Sarawak.

10. Mengambil tindakan terhadap pengaduan orang awam terhadap mana-mana peguam.

11. Mengendalikan pendaftaran “Bill of Sales”.

12. Mengesahkan "Writ Of Seizure and Sale” dan “Arrest of Ships".

13. Melaksanakan "Memorandum of Transfer” selepas penjualan secara tender atau lelongan Mahkamah.

14. Menjadi Trustee kepada Akaun Fixed Deposit "Judgment Creditors" setelah bayaran dikeluarkan dari Daftar Deposit.

15. Mengeluarkan Sijil Amalan (Practising Certificates) tahunan.

16. Menyediakan dan mengeluarkan perintah ("Order") kepada peguam-peguam baru, Ad Hoc Admission & Exemption Orde selepas didengar oleh YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

17. Mengadakan mesyuarat berkala dengan persatuan-persatuan Peguam Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan maklumbalas bagi menambahbaik sistem penyampaian dalam tugasan kehakiman di Mahkamah Sabah dan Sarawak.

18. Mempengerusikan urusan tatatertib bagi pegawai dan kakitangan Mahkamah Sarawak.