Subordinate Court Registry Office
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH SESYEN SIVIL
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil.
- Meluluskan semua draf/perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Sesyen Sivil.
- Meluluskan semua draf/penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Sesyen Sivil.
- Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Sesyen Sivil yang baharu.
- Mendengar kes untuk Pengurusan Kes kali pertama bagi Mahkamah Sesyen Sivil dan Mahkamah Majistret Sivil (kes kemalangan) seperti Arahan Hakim Penyelia Sivil Selangor.
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH SESYEN JENAYAH
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Jenayah.
- Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan, Saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan termasuklah urusan jaminan bagi kes-kes tangkap.
- Menandatangani dan meluluskan sepina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan.
- Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Sesyen Jenayah Selangor.
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Sivil.
- Meluluskan semua draf/perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret Sivil.
- Meluluskan semua draf/penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret Sivil.
- Meluluskan semua kes Writ Distress dan Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Majistret.
- Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Majistret Sivil yang baharu.
- Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Majistret Sivil Selangor.
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Jenayah.
- Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan, Saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan termasuklah urusan jaminan bagi kes-kes tangkap.
- Menandatangani dan meluluskan sepina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan.
- Menguruskan Jadual Bertugas Majistret Selangor bagi urusan reman di bawah Sek 117 KAJ, Sek 259 KAJ, Sek 334 KAJ dan APD.
- Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Sesyen Jenayah Selangor.