Skip to main content
Please wait...

Perutusan Pengarah

‏اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎ dan Salam Sejahtera.

Alhamdullilah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T atas limpah rahmat dan kasih sayang-Nya yang diberikan kepada kita selama ini.

 

Selamat Datang Ke Laman Portal Rasmi Mahkamah Negeri Selangor

 

Mahkamah - Mahkamah Negeri Selangor adalah di bawah pentadbiran Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP). Mahkamah - Mahkamah Negeri Selangor berfungsi dalam mengendalikan kes - kes Jenayah dan Sivil dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret. Terdapat 13 Pusat - Pusat Kos di seluruh Negeri Selangor termasuk Pusat Tanggungjawab Mahkamah yang berada di Kompleks Mahkamah Shah Alam.

 

Di kesempatan ini, izinkan saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Laman Portal Rasmi Mahkamah yang terlibat dalam mengemas kini dan menambah baik Laman Portal Rasmi Mahkamah Negeri Selangor.

 

Saya berharap dengan usaha berterusan, Laman Portal Rasmi Mahkamah Negeri Selangor dapat dijadikan satu medium saluran serta sumber rujukan yang sahih kepada pengguna-pengguna Laman Portal untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Mahkamah Negeri Selangor.

 

Sekian, Terima Kasih.

 

YBhg. Dato' Hj. Mohd Nasir Bin Hj. Nordin

Pengarah
Mahkamah Negeri Selangor