Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi
BAHAGIAN PENTADBIRAN MAHKAMAH TINGGI
- Bahagian ini diketuai oleh seorang Timbalan Pendaftar Pentadbiran.
- Bertanggungjawab melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
- Menjalankan tugas pentadbiran am bagi setiap bahagian Mahkamah Tinggi Negeri Selangor.
- Mendapatkan maklumbalas berkaitan keperluan logistik, inventori dan aset semasa bagi setiap bahagian di Mahkamah Tinggi Negeri Selangor.
- Mengawal selia disiplian Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan kakitangan bagi setiap bahagian di Mahkamah Tinggi Negeri Selangor.
BAHAGIAN PENDAFTARAN SIVIL
- Bahagian ini diketuai oleh seorang Timbalan Pendaftar Pengurus Sivil.
- Bertanggungjawab mengawal selia pendaftaran kes-kes sivil di Mahkamah Tinggi Negeri Selangor.
- Bertanggungjawab mengawal selia perjalanan kes sivil yang didaftarkan di:
- Mahkamah NCVC;
- Mahkamah Pembinaan;
- Mahkamah Keluarga;
- Mahkamah Muamalat/Insolvensi;
- Mahkamah Kuasa-Kuasa Khas;
- Bahagian Kebankrapan;
- Bahagian Pelaksanaan;
- Bahagian Surat Kuasa Wakil; dan
- Bahagian Surat Kuasa Mentadbir.
- Bertanggungjawab menyediakan Statistik bagi setiap Mahkamah dan bahagian sivil.
- Bertanggungjawab melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dari masa ke semasa.
BAHAGIAN PENDAFTARAN JENAYAH
- Bahagian ini diketuai oleh seorang Timbalan Pendaftar Pengurus Jenayah.
- Unit ini dibantu dengan 7 pegawai (Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar) yang bertanggungjawab ke atas 7 buah Mahkamah Tinggi Jenayah Shah Alam.
- Bertanggungjawab mengawal selia pendaftaran kes-kes Jenayah di Mahkamah Tinggi Negeri Selangor.
- Bertanggungjawab mengawal selia perjalanan kes jenayah yang didaftarkan dan lantikan peguam-peguam lantikan.
- Bertanggungjawab mengawal selia perjalanan kes jenayah dan lantikan peguam-peguam lantikan Mahkamah untuk Orang Kena Tuduh dengan pertuduhan yang membawa hukuman mati mengikut Arahan Amalan Bil. 1 Tahun 2017.
- Bertanggungjawab mengawal selia pendaftaran kes-kes Rayuan dari Mahkamah Rendah (Mahkamah Sesyen dan Majistret Jenayah).
- Bertanggungjawab menyediakan Statistik Bulanan secara global bagi setiap Mahkamah Tinggi Jenayah Shah Alam.
- Bertanggungjawab melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dari masa ke semasa.