1. Bidang Kuasa Asal
Menentukan (a) kesahihan sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau BadanPerundangan sesuatu negeri; (b) Pertikaian atas apa-apa soal lain antara Negeri dengan Negeri atau antara Persekutuan dengan mana-mana Negeri
2. Bidang Kuasa Rayuan
Mendengar rayuan dari Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi
3. Bidang Kuasa Penyemakan
Memutuskan apa-apa soal berbangkit di Mahkamah kesan daripada mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan
4. Bidang Kuasa Penasihat
YDPA boleh merujuk kepada Mahkamah persekutuan untuk pendapat atau nasihat mengenai kesan peruntukan Perlembagaan dan mengumumkan pendapatnya di Mahkamah Terbuka