Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

YBrs. Tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas serta surat YBrs. Tuan bertarikh 19 Disember 2021.

2. Adalah saya diarahkan oleh YAA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Besar Malaya untuk memaklumkan bahawa sebarang permohonan penangguhan kes daripada pihak-pihak yang terjejas dengan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini bolehlah dibuat kepada Mahkamah-Mahkamah yang terlibat.

3. Untuk apa-apa pertanyaan, pihak YBrs. Tuan bolehlah menghubungi pegawai-pegawai yang berikut:

YBrs. Puan Zaharah binti Hussain
Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya
012-4011100 / zaharah@kehakiman.gov.my

YBrs. Tuan Azhaniz Teh bin Azman Teh
Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya
019-2184105 / azhaniz@kehakiman.gov.my

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,
                         t.t.
(DATUK AHMAD TERRIRUDIN BIN MOHD SALLEH)
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia