Skip to main content
Please wait...

Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rendah

UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH SESYEN SIVIL

  • Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil.
  • Meluluskan semua draf/perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Sesyen Sivil.
  • Meluluskan semua draf/penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Sesyen Sivil.
  • Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Sesyen Sivil yang baharu.
  • Mendengar kes untuk Pengurusan Kes kali pertama bagi Mahkamah Sesyen Sivil dan Mahkamah Majistret Sivil (kes kemalangan) seperti Arahan Hakim Penyelia Sivil Selangor.

UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH SESYEN JENAYAH

  • Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Jenayah.
  • Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan, Saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan termasuklah urusan jaminan bagi kes-kes tangkap.
  • Menandatangani dan meluluskan sepina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan.
  • Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Sesyen Jenayah Selangor.

UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL

  • Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Sivil.
  • Meluluskan semua draf/perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret Sivil.
  • Meluluskan semua draf/penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret Sivil.
  • Meluluskan semua kes Writ Distress dan Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Majistret.
  • Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Majistret Sivil yang baharu.
  • Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Majistret Sivil Selangor.

UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH

  • Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Jenayah.
  • Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan, Saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan termasuklah urusan jaminan bagi kes-kes tangkap.
  • Menandatangani dan meluluskan sepina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan.
  • Menguruskan Jadual Bertugas Majistret Selangor bagi urusan reman di bawah Sek 117 KAJ, Sek 259 KAJ, Sek 334 KAJ dan APD.
  • Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Sesyen Jenayah Selangor.