Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

BAHAGIAN PENTADBIRAN MAHKAMAH TINGGI

  • Bahagian ini diketuai oleh seorang Timbalan Pendaftar Pentadbiran.
  • Bertanggungjawab melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
  • Menjalankan tugas pentadbiran am bagi setiap bahagian Mahkamah Tinggi Negeri Selangor.
  • Mendapatkan maklumbalas berkaitan keperluan logistik, inventori dan aset semasa bagi setiap bahagian di Mahkamah Tinggi Negeri Selangor.
  • Mengawal selia disiplian Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan kakitangan bagi setiap bahagian di Mahkamah Tinggi Negeri Selangor.

BAHAGIAN PENDAFTARAN SIVIL

  • Bahagian ini diketuai oleh seorang Timbalan Pendaftar Pengurus Sivil.
  • Bertanggungjawab mengawal selia pendaftaran kes-kes sivil di Mahkamah Tinggi Negeri Selangor.
  • Bertanggungjawab mengawal selia perjalanan kes sivil yang didaftarkan di:
    • Mahkamah NCVC;
    • Mahkamah Pembinaan;
    • Mahkamah Keluarga;
    • Mahkamah Muamalat/Insolvensi;
    • Mahkamah Kuasa-Kuasa Khas;
    • Bahagian Kebankrapan;
    • Bahagian Pelaksanaan;
    • Bahagian Surat Kuasa Wakil; dan
    • Bahagian Surat Kuasa Mentadbir.
  • Bertanggungjawab menyediakan Statistik bagi setiap Mahkamah dan bahagian sivil.
  • Bertanggungjawab melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dari masa ke semasa.

BAHAGIAN PENDAFTARAN JENAYAH

  • Bahagian ini diketuai oleh seorang Timbalan Pendaftar Pengurus Jenayah.
  • Unit ini dibantu dengan 7 pegawai (Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar) yang bertanggungjawab ke atas 7 buah Mahkamah Tinggi Jenayah Shah Alam.
  • Bertanggungjawab mengawal selia pendaftaran kes-kes Jenayah di Mahkamah Tinggi Negeri Selangor.
  • Bertanggungjawab mengawal selia perjalanan kes jenayah yang didaftarkan dan lantikan peguam-peguam lantikan.
  • Bertanggungjawab mengawal selia perjalanan kes jenayah dan lantikan peguam-peguam lantikan Mahkamah untuk Orang Kena Tuduh dengan pertuduhan yang membawa hukuman mati mengikut Arahan Amalan Bil. 1 Tahun 2017.
  • Bertanggungjawab mengawal selia pendaftaran kes-kes Rayuan dari Mahkamah Rendah (Mahkamah Sesyen dan Majistret Jenayah).
  • Bertanggungjawab menyediakan Statistik Bulanan secara global bagi setiap Mahkamah Tinggi Jenayah Shah Alam.
  • Bertanggungjawab melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dari masa ke semasa.