Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

QR CODE E-SANGKUTAN

SILA IMBAS UNTUK MEMUAT TURUN BORANG PERMOHONAN / SCAN TO DOWNLOAD APPLICATION FORM

SYARAT-SYARAT

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 

BAGI PROGRAM SANGKUTAN MAHKAMAH ATASAN

 

 

  1. Permohonan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang sedang atau telah menamatkan pengajian Sarjana Muda Undang-undang dengan kepujian LLB (Hons.) daripada mana-mana universiti tempatan atau luar negara.
  1. Tempoh program sangkutan adalah tidak melebihi satu (1) bulan atau mana-mana tempoh yang ditetapkan.
  1. Pemohon program sangkutan tidak layak menuntut sebarang bayaran elaun, tuntutan perjalanan atau penginapan dan perlindungan perubatan sepanjang tempoh program sangkutan.
  1. Penempatan pemohon sepanjang program sangkutan akan ditentukan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
  1. Sepanjang tempoh program sangkutan, pemohon perlu mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam yang berkuatkuasa.
  1. Pemohon dikehendaki untuk menandatangani perakuan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk merahsiakan segala maklumat yang diperoleh sepanjang tempoh program sangkutan.
  1. Sijil perakuan mengikuti program sangkutan akan diberikan tertakluk kepada budi bicara Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
  1. Program sangkutan ini bukan satu jaminan untuk pemohon akan diterima masuk ke Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan di masa akan datang.
  1. Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan mempunyai budi bicara untuk menolak sebarang permohonan dan / atau pada bila-bila masa menamatkan program sangkutan sekiranya didapati pemohon melanggar terma dan syarat program sangkutan. Sebarang keputusan adalah muktamad.
  1. Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan boleh mengenakan apa-apa syarat lain jika perlu dari semasa ke semasa sepanjang tempoh program.
  1. Pemohon yang berminat hendaklah memohon kepada Bahagian Latihan dan Pembangunan Kapasiti Kehakiman, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia melalui e-mel blpkk@kehakiman.gov.my selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh cadangan program sangkutan dengan mengemukakan maklumat berikut dalam format Microsoft Word atau PDF:
  1. satu (1) halaman muka surat esei dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris menjelaskan mengapa pemohon berhasrat untuk dipertimbangkan menyertai program sangkutan;
  2. maklumat peribadi (curriculum vitae) yang dikemas kini;
  3. keputusan dan transkrip peperiksaan terkini;
  4. sijil dan transkrip ijazah;
  5. Borang Permohonan Program Sangkutan Mahkamah Atasan Badan Kehakiman Malaysia yang menyatakan:
  1. tarikh dan tempoh masa cadangan untuk mengikuti program sangkutan;
  2. bidang undang-undang pilihan;
  3. nama YA Hakim pilihan pemohon bagi mengikuti program sangkutan;
  4. akujanji tidak pernah terlibat dalam apa-apa jenayah dan proses litigasi;
  5. akujanji berkelakuan baik;
  6. nama pihak untuk dihubungi ketika kecemasan beserta jenis pertalian; dan
  7. penyataan sumber pemerolehan maklumat tentang program.
  1. Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan mempunyai hak untuk membuat semakan dengan mana-mana pihak termasuk pihak Universiti bagi mengesahkan maklumat di dalam permohonan.

PROSEDUR PENGENDALIAN STANDARD (SOP)