MAKLUMAN MENGENAI PERUBAHAN JAWATAN PENGURUSAN TERTINGGI PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Printer-friendly version
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
 
YAA/YA/YBhg. Tun/Tan Sri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
 
 
Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia telah diketuai oleh Ketua Pendaftar yang baru iaitu Puan Azimah binti Omar (sebelum ini menjawat jawatan Pendaftar Mahkamah Rayuan Malaysia), berkuatkuasa mulai 1 Februari 2013.
 
3.         Selain itu, terdapat beberapa perubahan jawatan tertinggi PKPMP seperti berikut yang juga berkuatkuasa mulai 1 Februari 2013:
 
            Pendaftar Mahkamah Rayuan Malaysia  
            YBhg. Dato’ Che Mohd Ruzima bin Ghazali
            (sebelum ini menjawat jawatan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya)
 
            Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya
            YBrs. Tuan Roslan bin Haji Abu Bakar
            (sebelum ini menjawat jawatan Pengarah Mahkamah Negeri Perak)
 
            Pendaftar Mahkamah Rendah
            YBhg. Dato’ Noradidah binti Ahmad
            (sebelum ini menjawat jawatan Pengarah Mahkamah Negeri Pahang)
 
 
Seluruh warga Mahkamah Negeri Selangor mengucapkan tahniah di atas pelantikan-pelantikan tersebut.
 
Total visitors to the Portal : 187,850Pelawat: Hari Ini: 1625
Bulan Ini: 37840
Tahun Ini: 277174
Last updated : 20 December 2014