Proses Ikat Jamin di Mahkamah
Printer-friendly version

 

IKAT JAMIN MAHKAMAH
 
(1) Apa Itu Ikat Jamin Mahkamah?
 
☼ Pelepasan sementara orang yang dituduh dengan mengemukakan cagaran yang 
mencukupi dan akujanji Penjamin untuk  memastikan kehadiran orang yang 
dituduh pada setiap hari perbicaraan.
☼ Akujanji yang ditandatangani oleh Penjamin dipanggil bon jaminan.
☼ Syarat-syarat ikat jamin dan jumlah Penjamin adalah atas budi-bicara 
Mahkamah.
 
(2) Jenis-Jenis Kesalahan Yang Boleh Atau Tidak Boleh Diikat Jamin
 
a) Kesalahan-kesalahan yang boleh diikat jamin
Seseorang yang dituduh dengan satu kesalahan di bawah kategori ini adalah 
berhak untuk dilepaskan dengan ikat jamin. Apabila seseorang itu dituduh di 
Mahkamah, Mahkamah akan menentukan jumlah ikat jamin. Sesiapapun boleh 
menjadi Penjamin kepada Tertuduh. Jika tiada Penjamin, Tertuduh akan ditahan 
di Penjara sehingga kes selesai dibicarakan.
b) Kesalahan-kesalahan yang tidak boleh diikat jamin
Kesalahan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup adalah 
merupakan kesalahan yang tidak boleh diikat jamin. Walau bagaimanapun, ikat 
jamin masih boleh dipohon dan dibenarkan atas budi-bicara Mahkamah.
c) Kesalahan-kesalahan yang tidak boleh diikat jamin langsung
Kesalahan-kesalahan seperti:
 
a) kes pengedaran dadah di bawah seksyen 39B Akta Penculikan 1961;
b) kes-kes penculikan yang membawa kepada hukuman mati di bawah 
seksyen 3 Akta Penculikan 1961;
c) seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971; dan
d) kesalahan-kesalahan yang membawa kepada hukuman mati dan penjara 
seumur hidup di bawah seksyen 57 hingga 62 Akta Keselamatan Dalam 
Negeri 1960 atau kesalahan-kesalahan yang diperakukan oleh Peguam 
Negara sebagai kesalahan keselamatan di bawah Peraturan 2, 
Peraturan-Peraturan Perlu (Kes-Kes Keselamatan) 1975,
(3) Apakah Syarat-Syarat Untuk Menjadi Seorang Penjamin?
a) Seorang dewasa (berumur 18 tahun ke atas);
b) Seorang warganegara (jika bukan warganegara ia tertakluk kepada syarat yang 
ditetapkan oleh Mahkamah);
c) Bagi orang yang dituduh berbangsa asing, Penjamin hendaklah seorang 
warganegara Malaysia;
d) Berkemampuan mengemukakan jumlah ikat jamin yang ditetapkan oleh 
Mahkamah;
e) Faham semua syarat ikat jamin yang ditetapkan oleh Mahkamah;
f) Menandatangani bon jaminan; dan
g) Apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh Mahkamah.
 
(4) Apakah Bentuk-Bentuk Cagaran Yang Diterima?
a) Akaun Simpanan Tetap; atau
b) Akaun Simpanan;
i) Tanpa kad ATM, jika ada, kad tersebut hendaklah diserahkan kepada 
Mahkamah.
ii) Akaun tersebut tidak boleh digunakan untuk tujuan lain selain bagi tujuan 
jaminan sahaja.
iii) Jumlah yang tertera di dalam buku simpanan mestilah menunjukkan 
jumlah terkini pada tarikh permohonan ikat jamin dibuat dan jumlahnya 
hendaklah mencukupi dengan jumlah ikat jamin yang ditawarkan; atau(5) Bagaimana Cara-Cara Menguruskan Ikat Jamin?
a) Ikat jamin akan diproses di Pejabat Pendaftaran Mahkamah yang berkenaan.
b) Penjamin hendaklah mengemukakan seperti yang berikut:
i) Kad Pengenalan Penjamin; dan
ii) Buku akaun simpanan/akaun simpanan tetap bagi tujuan ikat jamin
c) Penjamin dan orang yang dituduh akan diterangkan syarat-syarat ikat jamin oleh 
Pendaftar/Majistret. Penjamin dan orang  yang dituduh akan melaksanakan bon 
jaminan tersebut.
d) Penjamin akan diberikan satu surat rujukan dan ia hendaklah disimpan dengan 
baik untuk apa-apa urusan yang berkaitan dengan ikat jamin tersebut.
 
(6) Apakah Tanggungjawan Penjamin?
 
Tanggungjawab utama seorang Penjamin ialah menentukan kehadiran Tertuduh di 
Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah.
 
(7) Apakah Risiko Penjamin?
 
Jika Penjamin gagal mematuhi mana-mana syarat jaminan, jaminan boleh dilucuthak 
oleh Mahkamah. Penjamin akan diberi peluang untuk memberi penjelasan mengapa ikat 
jamin tidak patut dilucuthak oleh Mahkamah. Mahkamah mempunyai budi bicara untuk 
memutuskan sama ada untuk melucuthak keseluruhan jaminan atau sebahagiannya 
atau tidak sama sekali.
 
*******************************************************************
PENAFIAN:
Maklumat yang dipaparkan ini bukan merupakan nasihat undang-undang dan hanya merupakan panduan 
sahaja. Jika anda memerlukan nasihat undang-undang, anda dinasihatkan merujuk kepada peguam.
Total visitors to the Portal : 179,020Pelawat: Hari Ini: 237
Bulan Ini: 237
Tahun Ini: 196431
Last updated : 1 November 2014